Sunday, May 17, 2009

sehari di rumah

Posted by eida at 7:11 AM
Aku tiba di rumah lebih kurang pukul 9.30 malam,Konsert Akhir Akademi Fantasia pun dah bermula.Rindu aku akan senyum emak dan abah..Aku salam dan cium tangan emak yang sedang berdiri menyambut kami dan abah yang sedang baring di atas katilnya.Sejurus selepas itu kakiku terus melangkah ke dapur rumahku dan aku mencapai hidangan makanan kegemaran aku untuk aku isikan dalam perutku yang kosong ini.Aku biarkan perutku kosong semasa sampai di rumah kak uda ku hanya kerana aku mahukan 'Tomyam' yang ibuku masak khas untuk aku menjai santapan perutku terlebih dahulu.Hampir tiga kali juga aku tambah nasi.hehe..lapar la katakan..

Selepas itu,kami sama-sama berehat di depan televisyen sambil menonton konsert akademi fantasia.Tiba-tiba aku teringat akan kucing kesayanganku.Aku terus menyuruh adikku mencarinya.Rupa-rupanya dia sedang memanjat rumahku.Nakal sungguh..Aku bermain dengannya.Dia manja denganku.Dia pasti akan tidur denganku di dalam bilikku apabila aku pulang kerumah.etika aku tiada di rumah,dia tidur di tempat lain,takut tiur keseorangan.Dah lah dia tidur seperti manusia lesak nya..geram aku melihat telatahnya..

Malam itu aku ambil kesempatan untuk bersembang dengan emak,aku lepaskan segala rinduku padanya.Aku pun tidak tahu bila lagi aku berkesempatan untuk pulang ke rumah memandangkan jadualku yang agak padat dan kesempitan wang.Namun,aku bercadang untuk pulang ke rumah 6hb Jun ni,seminggu selepas sem 1 tahun kedua aku ini bermula.

Malamtu aku tidur bersama anak buah perempuanku dan emak aku la..hehe..jangan jelez.. aku tidur dengan emak aku..

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 conteng cubit hidung kemek:

Daisypath Anniversary tickers
 
princess eida Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review