Wednesday, May 20, 2009

Taaruf week

Posted by eida at 5:07 AM 0 comments
Aku ingatkan mudah untuk menjadi committee Taaruf tapi rupanya sangkaan aku meleset. Ternyata tugasnya memenatkan,tambah pula dengan minggu induksi untuk committee.Sebelum kami menjadi committee untuk melatih pelajar-pelajar baru nanti,kami terlebih dahulu dilatih dan menghadapi sesi taaruf.huh,memang penat..Tertekan pun ada kadang-kadang apabila terpaksa bekerjasama dengan para pelajar dari CFS Nilai yang berlainan budaya dan ragamnya.Geram dan marah aku melihat telatah dan gelagat mereka yang menjengkelkan,mereka seniri pun tidak menjaga aurat dan berkelakuan baik ketika sesi induksi,bagaimana mereka mahu menunjukkan contoh teladan yang baik kepada pelajar-pelajar baru nanti.Kadang-kala aku tertawa sendiri melihat gelagat pelajar-pelajar CFS Nilai ini.Bak kata pepatah rambut sama hitam,hati lain-lain. Tapi ada je rambut mereka yang tak hitam..????#$//^

Namun,aku tetap berpegang pada niatku bahawa tujuan utama aku melibatkan diri dalam program ini adalah untuk melatih diri aku menjadi berani.Aku memang seorang yang sangat pemalu, tambahan pula apabila berhadapan dengan audience,,Tapi jauh di sudut hati aku tersembunyi kekuatan dan 1001 cadangan dan idea untuk diutarakan.Kerana malu semuanya aku simpan sahaja.Tapi cita-citaku tinggi untuk menjadi ketua,aku berhasrat untuk menjadi pemimpin dalam sesebuah organisasi..tapi aku perlu ingat bahawa ofrganisasi tidak boleh ada pemimpin yang tak berani macam aku..

Aku berjanji akan menggunakan peluang ini dengan sebaik mungkin untuk melatih diri aku serta mengisi mindaku dengan input2 yang positif.Aku harap peluang ini dapat memberi banyak faedah dan manfaat kepada aku kelak di samping melatih aku untuk menguasai 'soft skills'.. INSYAALLAH..

=( Letih sungguh..

Sunday, May 17, 2009

sehari di rumah

Posted by eida at 7:11 AM 0 comments
Aku tiba di rumah lebih kurang pukul 9.30 malam,Konsert Akhir Akademi Fantasia pun dah bermula.Rindu aku akan senyum emak dan abah..Aku salam dan cium tangan emak yang sedang berdiri menyambut kami dan abah yang sedang baring di atas katilnya.Sejurus selepas itu kakiku terus melangkah ke dapur rumahku dan aku mencapai hidangan makanan kegemaran aku untuk aku isikan dalam perutku yang kosong ini.Aku biarkan perutku kosong semasa sampai di rumah kak uda ku hanya kerana aku mahukan 'Tomyam' yang ibuku masak khas untuk aku menjai santapan perutku terlebih dahulu.Hampir tiga kali juga aku tambah nasi.hehe..lapar la katakan..

Selepas itu,kami sama-sama berehat di depan televisyen sambil menonton konsert akademi fantasia.Tiba-tiba aku teringat akan kucing kesayanganku.Aku terus menyuruh adikku mencarinya.Rupa-rupanya dia sedang memanjat rumahku.Nakal sungguh..Aku bermain dengannya.Dia manja denganku.Dia pasti akan tidur denganku di dalam bilikku apabila aku pulang kerumah.etika aku tiada di rumah,dia tidur di tempat lain,takut tiur keseorangan.Dah lah dia tidur seperti manusia lesak nya..geram aku melihat telatahnya..

Malam itu aku ambil kesempatan untuk bersembang dengan emak,aku lepaskan segala rinduku padanya.Aku pun tidak tahu bila lagi aku berkesempatan untuk pulang ke rumah memandangkan jadualku yang agak padat dan kesempitan wang.Namun,aku bercadang untuk pulang ke rumah 6hb Jun ni,seminggu selepas sem 1 tahun kedua aku ini bermula.

Malamtu aku tidur bersama anak buah perempuanku dan emak aku la..hehe..jangan jelez.. aku tidur dengan emak aku..

Saturday, May 16, 2009

Hometown

Posted by eida at 1:11 AM 0 comments
Niatku untuk pergi ke KL Sentral hari ini terpaksa aku batalkan kerana ada masalah tertentu. Namun,aku masih gigih berusaha untuk mengeluarkan wang di mesin ATM di CFSIIUM ni. Kisah malam tai terjadi lagi,aku masih tak dapat keluarkan duit.Aku berkata sendiri kepada perutku untuk bersabar tahan lapar lagi.Ini semua dugaan.

Aku menghubungi ibuku untuk memberitahu akan perkembangan kesah 'Kad Maybank' aku yang masih tidak berganjak plot nya walaupun tarikh bertukar.Ibuku menyuruhku pulang ke rumah bersama kaka tiri aku.Pada mulanyaaku enggan ikut kakak tiri aku pulang ke rumah. Maklumlah,kakak tiri kan..erm..xpela..masih banyak lagi kisah hidup aku yang readers semua tak tahu.

Akhirnya,aku bersetuju untuk pulang ke rumah bersama kakakku.Terpaksalah aku kuatkan hati untuk menahan sabar akan apa kemungkinan yang akan berlaku.Galakan dan semangat dari insan yang rapat denganku dan hanya gelaran ini sahaja yang boleh aku beritahu "upin"..
Aku lebih kuat untuk menempuh dugaan ini semua..aku akan pulang ke rumah petang ini selepas pukul 5.

Ibuku menghubungiku dan memberitahu bahawa beliau dah siapkan makanan kegemaran aku di rumah iaitu Tomyam..sedapnya..tak sabar rasanya perut aku nak menjamah makanan kegemaran aku yang dimasak oleh ibuku sendiri..aku masak??aku pun pandai masak la..
takkan la anak dara tak pandai masak..

Terima kasih emak..rindu emak..sayang emak..
Posted by eida at 1:00 AM 0 comments

Assalamualaikum..

Hari ni 16May la..
Selamat hari Guru utk semua cikgu2 dari sekolah rendah sUngai bEhrang,SekoLah mEneNgah SaiNs TeLuk IntAn,dan Centre Foundation Studies International Islamic University Malaysia.Terima Kasih untuk semua ilmu yang cikgu/miss/madam/sir/bro bagi.Tiada apa yang dapat saya balas jasa kamu semua.Kerana insan bergelar guru aku berdiri di sini,kerana guru juga aku mengenal dunia.

dugaan

Posted by eida at 12:29 AM 0 comments
Perutku berbunyi tanda ia mahukan makanan..bunyi perutku ini mengalahkan konsert siti nurhaliza..wargh..tapi memandangkan hanya ada dua keping wang seringgit je di tangan aku..maka,aku perlu lupakan hasrat aku untuk menjamah nasi hari ini.Aku memilih meehun sup sebagai santapan satu hari ini.Sekali makan tapi simpan untuk satu hari.Walaupun lapar tapi aku tiada selera untuk menjamah meehun sup tu.Tak tahulah kenapa..mungkin banyak sangat perkara yang aku fikirkan kot..biasalah dalam kehidupan kita pasti takkan terlepas dari masalah.

Ibuku berjanji untuk memasukkan duit ke dalam akaun aku hari ini selepas aku menghubunginya pagi tai pohon restu untuk aku menduduki peperiksaan.Naluri seorang ibu,walaupun aku mengelak untuk menjawab pertanyaannya mengenai wang saku yang aku ada dan cuba menyembunyikan kelaparan yang aku tanggung..namun kerana gelaran 'Ibu'..ibu yang mengandungkan aku selama 9bulan dapat merasakn keperitan yang aku tanggung..cubit paha kiri,paha kanan terasa sakit.

Akhirnya,adikku 'bank-in' RM20 dalam akaun aku.Walaupun jumlahnya kecil tapi cukup untuk aku menghilangkan sedikit kelaparan yang aku tanggung.Aku berhasrat untuk menjamah nasi goreng pada malam tu kerana badan aku terasa tidak berdaya tanpa nasi.Namun,hasratku musnah apabila aku tak dapatkan keluarkan duit tersebut kerana masalah yang aku sendiri pon tak tahu kenapa..Sedih aku mengenangkan nsib aku sebegini.Walaupun begitu,aku tetap menyembunyikan keperitan yang aku tanggung dan menzahirkan kegembiraan aku yang palsu.

Aku membuat keputusan untuk pinjam duit rakanku untuk tambang ke KL Sentral esok.Mudah-mudahan aku boleh keluarkan duit di mesin ATM Maybank di sana.Jadi, kelaparan yang aku tanggung perlu iteruskan..aku boleh!!Chayox2!!

Friday, May 15, 2009

Posted by eida at 11:46 PM 0 comments
Kitab Rahsia Solat Dan Keutamaannya
(Bahagian 1)

Solat itu adalah tiang agama dan tempat berlindung segala keyakinan. Ia juga Penghulu dari segala amal kebaktian dan ketaatan. Semua usul-usulnya (pokok-pokoknya) dan furu'-furu'nya (cabang-cabangnya) telah pun terkumpul di dalam mata pelajaran ilmu fiqh. Di sini kita hanya menyingkatkan pembicaraan kepada perkara-perkara yang perlu saja bagi para pelajar, iaitu membicarakan amalan-amalan solat dan rahsia-rahsia kebatinan solat semata-mata.

Keutamaan azan

Telah bersabda Rasulullah s.a.w.:

Tiada seorang jin atau manusia atau benda apapun yang mendengar suara pangilan azan itu, melainkan dia akan menyaksikannya di Hari Kiamat kelak.

Sabdanya lagi:

Apabila kamu mendengar suara azan, maka ucapkanlah sepertimana yang diucapkan oleh muazzin itu sendiri.

Menyahut azan sama seperti kata-kata muazzin itu adalah dituntut dan sunnat, kecuali pada hai'alataini maka hendaklah dijawab dengan kata:

Tiada daya dan kekuatan, melainkan dengan pertolongan Allah.

Dan pada kata-kata Qadqamatis-Solah' dijawab pula:

Semoga Allah mendirikannya (solat) dan mengekalkannya.

Dan pada kata-kata: Ash-Solatu Khairun Minan-naum' pula dijawab:

Engkau telah berkata benar dan berbakti.

Sesudah azan, hendaklah ia membaca:

Ya Allah, Tuhannya doa yang sempurna ini, dan juga shalat yang berdiri ini. Kurniakanlah Nabi Muhammad kedudukan yang tinggi serta kehormatan. Dan bangkitkanlah dia pada tempat yang terpuji (Maqam Mahmud) yang Engkau janjikan baginya.

Keutamaan solat fardhu

Allah berfirman:

Sesungguhnya solat itu merupakan kewajiban yang ditentukan atas kaum Mu'minin. (an-Nisa : 103)

Rasulullah s.a.w. pula bersabda:

Solat-solat yang lima dan demikian pula satu Jum'at sampai satu Jum'at yang lain menjadi tebusan dosa antara masing-masing solatnya, selama dijauhi dosa-dosa besar.

Baginda juga pernah ditanya: Apakah amalan yang paling utama? Baginda menjawab: Solat pada waktunya .

Khalifah Abu Bakar as-Siddiq pula berkata: Apabila sampai waktu solat, maka segeralah mendapatkan api yang kamu nyalakan itu seraya memadamkannya .

Keutamaan menyempurnakan rukun-rukun solat

Bersabda Rasulullah s.a.w.:

Barangsiapa menunaikan solat pada waktunya dan melengkapkan wudhu'nya serta menyempurnakan ruku'nya, sujudnya dan khusyu'nya, nescaya solat itu akan terangkat (ke atas langit) dalam keadaan putih dan cemerlang. Ujar solat itu: Semoga Allah memelihara engkau, sebagaimana engkau memelihara aku. Barangsiapa menunaikan solat di luar waktunya dan tiada pula melengkapkan wudhu'nya serta tiada menyempurnakan ruku'nya, sujudnya dan khusyu'nya, nescaya solat itu akan terangkat dalam keadaan hitam legam. Ujar solat itu: Semoga Allah menyia-nyiakan engkau, sebagaimana engkau menyia-nyiakan aku. Apabila ia telah sampai ke tempat yang ditetapkan oleh Allah, maka ia pun dilipat-lipat, sebagaimana dilipatkan baju-baju yang koyak, lalu dipukulkanlah solat itu ke muka orang yang melakukannya.

Keutamaan berjemaah

Bersabda Rasulullah s.a.w.:

Solat berjemaah itu melebihi solat bersendiri dengan 27 darajat.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah pernah mengesan beberapa orang tidak ikut serta dalam jemaah, lalu baginda berkata: Saya hampir-hampir akan memerintahkan orang lain untuk mengimami orang ramai dalam solat, kemudian saya pergi mendapatkan orang-orang yang melewat-lewatkannya (solat berjamaah), lalu saya membakar rumah-rumah mereka .

Dalam sebuah Hadis Marfu' yang diriwayatkan oleh Khalifah Usman r.a. dari Rasulullah bunyinya: Barangsiapa yang mengerjakan solat Isya' berjemaah, maka ia seolah-olah mendirikan ibadat sepanjang malam itu .

Berkata Muhammad bin Wasi: Saya tiada menginginkan dunia melainkan pada tiga perkara saja:

(1) Seorang saudara yang apabila saya membuat bengkok (salah), dia akan meluruskan (membetulkan) saya.

(2) Makan dari rezeki yang halal.

(3) Solat dalam berjemaah yang akan diangkat daripadaku semua kelalaianku dan dituliskan bagiku pahala.

Al-Hasan pula berkata: Jangan kamu bersolat di belakang seorang yang tidak sering mendatangi para ulama .

Ibnu Abbas r.a. berkata: Barangsiapa mendengar suara muazzin, sedangkan dia tiada menjawabnya (menurut pergi solat berjemaah), nyatalah ia tiada mencintai kebaikan, dan tentu sekali kebaikan juga tidak akan mencintainya .

Keutamaan sujud

Rasulullah s.a.w. bersabda:

Tiada seorang Muslim pun yang bersujud kepada Allah sekali sujud saja, melainkan Allah mengangkatkan baginya satu darjat (pahala) dan menghapuskan satu keburukan (dosa).

Dan sabdanya lagi:

Seseorang hamba paling dekat dengan Tuhannya sewaktu ia bersujud, maka perbanyakanlah berdoa ketika itu.

Allah berfirman:

Tanda-tanda mereka ada di wajah mereka tersebab dari bekas (banyaknya) bersujud. (al-Fath: 29)

Yakni cahaya atau nur kekhusyu'an mereka, kerana cahaya inilah yang dikatakan memancar dari batiniah seseorang, lalu terpapar dilahiriahnya.

Kewajiban berkhusyu'

Allah berfirman:

Dan dirikanlah solat itu kerana mengingatiku. (Taahaa: 14)

Mematuhi perintah itu adalah wajib dan kelalaian dalam solat bertentangan dengan maksud mengingati Allah. Bagaimana seseorang itu dikatakan mendirikan solat untuk mengingati Tuhan, sedangkan ia lalai dan lena dalam solatnya.

Allah berfirman lagi:

Dan janganlah kamu termasuk golongan orang-orang yang lalai. (al-A'raaf: 205)

Sebenarnya telah menanglah orang-orang Mu'minin yang berkhusyu' dalam solat mereka. (al-Mu'minun: 1-2)

Allah telah mengkategorikan khusyu' dalam solat itu sebagai tingkat yang paling tinggi sekali dari tingkat-tingkat kejayaan. Ini adalah sebagai suatu peringatan kepada orang-orang yang lena dan lalai dalam solatnya, bahawa mereka itu adalah berada paling bawah sekali dari tingkat-tingkat kemenangan dari kejayaan yang dimaksudkan dalam ertikata al-Falah .

Sabda Rasulullah s.a.w.:

Sesungguhnya solat itu adalah ketenangan hati dan kerendahan diri dan permohonan jiwa, dan anda mengangkat kedua belah tanganmu berkata: Ya Tuhanku! Ya Tuhanku! Barangsiapa tiada melakukan serupa itu, maka solatnya tidak sempurna (kurang syarat-syaratnya).

Sabda lain:

Barangsiapa yang bersolat, padahal solatnya itu tiada dapat mencegahnya dari perbuatan keji dan mungkar, maka orang itu tiada akan bertambah sesuatu dari Allah melainkan jauh daripadaNya.

Diceritakan suatu peristiwa dari Muslim bin Yasar, bahawasanya pada suatu hari dia bersolat di Masjid Basrah, maka dengan tiba-tiba dinding masjid itu runtuh, sekalian orang-orang di pasar (yang berdekatan dengan masjid itu) merasa terkejut kerana kerasnya bunyi keruntuhan itu, akan tetapi Muslim yang sedang mengerjakan solat itu tetap pada tempatnya, menoleh pun tidak. Sesudah solat, apabila dilihatnya orang ramai mengucapkan selamat kepadanya, dia merasa hairan. Katanya: Saya tidak tahu atau rasa dinding itu runtuh.

Berkata Ibnu Abbas: Dua rakaat dalam tafakkur (mengingatkan kebesaran dan kekuasaan Allah Ta'ala) lebih baik daripada beribadat sepanjang malam sedang hatinya lalai .

Keutamaan masjid dan tempat solat

Allah berfirman:

Hanyasanya yang meramaikan masjid-masjid Allah, ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. (at-Taubah: 18)

Rasulullah s.a.w. bersabda:

Barangsiapa mendirikan masjid kerana Allah, sekalipun seperti pondok ayam, nescaya Allah akan mendirikan baginya rumah dalam syurga.

Sabdanya lagi:

Apabila seseorang di antara kamu memasuki masjid, maka hendaklah ia solat dua rakaat sebelum ia duduk.

Sabdanya lagi:

Tiada akan sempurnalah solat orang yang bertetangga dengan masjid, melainkan di dalam masjid.

Sabdanya lagi:

Akan datang kepada manusia suatu masa, mereka akan duduk-duduk dalam masjid, mereka membicarakan tentang hal-ehwal keduniaan, ketahuilah bahawa Allah tiada berhajat kepada orang-orang serupa itu, maka hendaklah kamu menjauhkan diri daripadanya.

CIntailah Ilahi(Inteam)

Posted by eida at 5:39 AM 0 comments
Rasa cinta
Adalah satu anugerah tuhan pada hambaNya
Dan kerananya manusia sanggup apa saja
Asalkan dia memiliki apa yang dicita

Kerna cinta
Sanggup berkorban apa saja, harta dan nyawa
Setiap detik hanya memikirkan tentang si dia yang tercinta
Ingin bersama sepanjang masa

Tetapi pastikah cintamu dihargai
Mungkinkah si dia kan tetap setia
Setelah kau serahkan jiwa dan ragamu
Mungkinkah kau pastikan tidak kan dihancurkan

Jika engkau mencintai bunga
Sedarlah engkau bunga itu akan layu
Jika engkau cintakan manusia
Sedarlah suatu hari dia akan pergi

Jika engkau mencintai harta
Harta itu nanti kau akan tinggalkan
Jika kau cintakan Ilahi
Hanya Dia yang akan kekal abadi

Cintailah Ilahi

smiley

Posted by eida at 3:24 AM 0 comments

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

salahkah aku?

Posted by eida at 1:38 AM 1 comments
Jahatkah aku?Berdosakah aku ya Allah?Tiada terlintas di hatiku untuk menyakiti hati insan yang sama seperti aku,insan yang banyak membantuku dan juga menggembirakan aku.Namun,dia jugalah insan yang pernah membuat aku menitiskan air mata.Lumrah hidup aku kerana kecilnya hati aku yang mudah terguris.Mungkin juga kerana kisah hidup aku penuh dengan tangisan sehingga aku sendiri tak tahu makna dan erti kebahagiaan mahupun untuk merasakannya. Kerana itu jugalah aku terasa hidup aku seolah mahu bermula tatkala sinar kebahagiaan menjelma.

Maafkan aku ya sohabati,aku berusaha untuk menjaga hatimu,aku pendam tangisan di hatiku kerana fitrahnya aku tidak pandai berterus-terang.Kusangkakan tindakan aku akan menjernihkan keadaan tetapi apakan daya, Allah lebih berhak menentukannya.Aku telahpun menyakiti hatimu.Maafkan ya sahabat,aku perlu membuat keputusan ini untuk keselesaan kita bersama.Aku ada tanggungjawab untuk dilaksanakan,kerna itu aku pilih jalan ini kerana ia dapat memberi ketenangan dan kelancaran untuk aku meneruskan perjuanganku.Izinkan aku mengecapi kebahgiaan ya sahabat walaupun cuma sedikit dan sebentar tetapi ia amat bermakna bagi diri aku yang kerdil akan makna kebahgiaan.

Nasib kau bertuah kerana engkau dilahirkan dan dibesarkan dalam usrah yang sempurna,kau ada ibu dan ayah yang masih mampu berdiri gagah,tidak seperti aku,kau dibesarkan dalam kesempurnaan harta untuk kau memiliki apa yang kau idamkan,tidak seperti aku yang sentiasa takut untuk mengidamkan sesuatu yang mahal harganya kerana pasti perit bagi aku untuk menyimpan hasrat untuk memilikinya yang tidak akan pernah tercapai di dakapanku.Walaupun begitu,aku tak pernah menyalahkan sesiapa mahupun takdir yang Allah berikan ini di atas segala kekurangan dan keperitan yang aku tanggung.Maafkan aku sahabat,kadangkala perlakuanmu mengguris hatiku tanpa kau sedari dan silapnya aku tidak pandai untuk berterus-terang.Andai bisa aku ingin melutut mohon maaf padamu.

Aku harap ukhwah persahabatan yang kita bina tak akan pudar dek kerana luka kecil di hatiku dan engkau.Maafkan aku sekali lagi sahabat..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath Anniversary tickers
 
princess eida Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review