Saturday, May 16, 2009

dugaan

Posted by eida at 12:29 AM
Perutku berbunyi tanda ia mahukan makanan..bunyi perutku ini mengalahkan konsert siti nurhaliza..wargh..tapi memandangkan hanya ada dua keping wang seringgit je di tangan aku..maka,aku perlu lupakan hasrat aku untuk menjamah nasi hari ini.Aku memilih meehun sup sebagai santapan satu hari ini.Sekali makan tapi simpan untuk satu hari.Walaupun lapar tapi aku tiada selera untuk menjamah meehun sup tu.Tak tahulah kenapa..mungkin banyak sangat perkara yang aku fikirkan kot..biasalah dalam kehidupan kita pasti takkan terlepas dari masalah.

Ibuku berjanji untuk memasukkan duit ke dalam akaun aku hari ini selepas aku menghubunginya pagi tai pohon restu untuk aku menduduki peperiksaan.Naluri seorang ibu,walaupun aku mengelak untuk menjawab pertanyaannya mengenai wang saku yang aku ada dan cuba menyembunyikan kelaparan yang aku tanggung..namun kerana gelaran 'Ibu'..ibu yang mengandungkan aku selama 9bulan dapat merasakn keperitan yang aku tanggung..cubit paha kiri,paha kanan terasa sakit.

Akhirnya,adikku 'bank-in' RM20 dalam akaun aku.Walaupun jumlahnya kecil tapi cukup untuk aku menghilangkan sedikit kelaparan yang aku tanggung.Aku berhasrat untuk menjamah nasi goreng pada malam tu kerana badan aku terasa tidak berdaya tanpa nasi.Namun,hasratku musnah apabila aku tak dapatkan keluarkan duit tersebut kerana masalah yang aku sendiri pon tak tahu kenapa..Sedih aku mengenangkan nsib aku sebegini.Walaupun begitu,aku tetap menyembunyikan keperitan yang aku tanggung dan menzahirkan kegembiraan aku yang palsu.

Aku membuat keputusan untuk pinjam duit rakanku untuk tambang ke KL Sentral esok.Mudah-mudahan aku boleh keluarkan duit di mesin ATM Maybank di sana.Jadi, kelaparan yang aku tanggung perlu iteruskan..aku boleh!!Chayox2!!

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 conteng cubit hidung kemek:

Daisypath Anniversary tickers
 
princess eida Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review