Friday, May 15, 2009

salahkah aku?

Posted by eida at 1:38 AM
Jahatkah aku?Berdosakah aku ya Allah?Tiada terlintas di hatiku untuk menyakiti hati insan yang sama seperti aku,insan yang banyak membantuku dan juga menggembirakan aku.Namun,dia jugalah insan yang pernah membuat aku menitiskan air mata.Lumrah hidup aku kerana kecilnya hati aku yang mudah terguris.Mungkin juga kerana kisah hidup aku penuh dengan tangisan sehingga aku sendiri tak tahu makna dan erti kebahagiaan mahupun untuk merasakannya. Kerana itu jugalah aku terasa hidup aku seolah mahu bermula tatkala sinar kebahagiaan menjelma.

Maafkan aku ya sohabati,aku berusaha untuk menjaga hatimu,aku pendam tangisan di hatiku kerana fitrahnya aku tidak pandai berterus-terang.Kusangkakan tindakan aku akan menjernihkan keadaan tetapi apakan daya, Allah lebih berhak menentukannya.Aku telahpun menyakiti hatimu.Maafkan ya sahabat,aku perlu membuat keputusan ini untuk keselesaan kita bersama.Aku ada tanggungjawab untuk dilaksanakan,kerna itu aku pilih jalan ini kerana ia dapat memberi ketenangan dan kelancaran untuk aku meneruskan perjuanganku.Izinkan aku mengecapi kebahgiaan ya sahabat walaupun cuma sedikit dan sebentar tetapi ia amat bermakna bagi diri aku yang kerdil akan makna kebahgiaan.

Nasib kau bertuah kerana engkau dilahirkan dan dibesarkan dalam usrah yang sempurna,kau ada ibu dan ayah yang masih mampu berdiri gagah,tidak seperti aku,kau dibesarkan dalam kesempurnaan harta untuk kau memiliki apa yang kau idamkan,tidak seperti aku yang sentiasa takut untuk mengidamkan sesuatu yang mahal harganya kerana pasti perit bagi aku untuk menyimpan hasrat untuk memilikinya yang tidak akan pernah tercapai di dakapanku.Walaupun begitu,aku tak pernah menyalahkan sesiapa mahupun takdir yang Allah berikan ini di atas segala kekurangan dan keperitan yang aku tanggung.Maafkan aku sahabat,kadangkala perlakuanmu mengguris hatiku tanpa kau sedari dan silapnya aku tidak pandai untuk berterus-terang.Andai bisa aku ingin melutut mohon maaf padamu.

Aku harap ukhwah persahabatan yang kita bina tak akan pudar dek kerana luka kecil di hatiku dan engkau.Maafkan aku sekali lagi sahabat..

1 comments:

perfect stranger said...

bgs r kalo ko ade effort nk luahkan pe ko rase wlpn x secara face-2-face..hrp2 frenship kte sume b'kekalan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 conteng cubit hidung kemek:

perfect stranger said...

bgs r kalo ko ade effort nk luahkan pe ko rase wlpn x secara face-2-face..hrp2 frenship kte sume b'kekalan..

Daisypath Anniversary tickers
 
princess eida Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review