Tuesday, November 3, 2009

tiada lagi seorang insan bergelar 'ABAH'

Posted by eida at 4:25 AM

Masih terbayang lagi petang 20 0ctober tu,aku berada di sisi ayahku meskipun matanya terpejam rapat, berlinangan air mata.Aku baru tiba dari UIA petang tu kira2 pukul 3 ptg kerana aku trpksa menduduki peperiksaan MUET pagi itu.Sebenarnya aku sedang bercuti selama 3mggu tapi aku pulang ke UIA hari Isnin utk buat persediaan MUET pada pagi selasa itu.Sedang aku dalam perjalanan menaiki tren,adik aku hntar mesej "Akak,mak suruh balik cepat.Abah tenat".HAtiku meronta untuk pulang awal ke rumah tapi apakan daya tren tersebut tak boleh memecut laju.Hanya doa yg mampu ku pinta.

Setibanya aku di rumah,abah sedang tidur.Sejuk hatiku melihatnya.Alhamdulilah segalanya dah pulih walaupun abah masih juga terlantar.Pulih aku bermaksud abah masih bisa bernafas untuk menunggu aku tamat belajar.Tak lama kemudian emak panggil aku rapat ke abah utk lihat tangannya,mak tanya "Tangan abah ni merah ke hitam".Aku pun menjawab "tak merah dan tak jugak hitam".Hatiku mula tak sedap.

Tak lama kemudian abahku tenat semula,dadanya berombak2 bernafas,matanya masih tertutup,linangan air mata mengalir di matanya.Emak menyuruhku memanggil jiran untuk tolong apa yang mampu.Selepas itu aku baca surah Yasin utk abah mohon diringankan beban kesakitannya.HAtiku tabah membacanya namun di beberapa penghujung ayat surah tersebut,aku mula teresak-esak,air mataku deras mengalir.

Dada abah masih berombak-ombak,aku mak dan adik di sisi abah mengajar abah mengucap.Jiran-jiran yang lain turut sama melawat ayahku.Mereka ada di smengelilingi kami.Tiba2 abah muntah.Selama beberapa hari sebelum itu abah hanya bergantung pada tiub yang dipasangkan di hidungnya untuk makan,tapi pada hari tersebut abah muntah melalui mulutnya.Selepas itu mak menyuruh aku menelefon adik-beradik yg lain utk beritahu keadaan abah yg semakin tenat.

Kemudian mak menyuruh aku menelefon hospital utk on call doktor utk membuka tiub di hidung abah,khuatir tiub tersebut mengganggu pernafasan abah.Beberapa kali aku perlu telefon hospital utk memanggilnya datang ke rumah bagi membuka tiub,hampir sejam menungguy ketibaan mereka.Hatiku membentak marah hingga kasar bicara aku di telefon.Aku memandang sinis terhadap nurse yg datang ke rumah pd pukul 4.30 petang setelah dua kali adik aku pergi memanggilnya.

Aku masih di sisi abah mengajarnya mengucap.."Abah..ingat Allah.,Allah..Allah.." itu bait2 kata2 aku di telinga kiri abah manakala emak dan adik di telinga kanannya."Abah..syida ni.Syida da balik.Abah tunggulah syida,syida tak habis belajar lagi."..itu harapan aku pada abah yg aku bisikkan di telinga nya.Air mataku deras mengalir.Kakakku dan suaminya sudah tiba utk turut mengajar abah aku mengucap.Anak buah abah turut berada di sisi abah mengajarnya mengucap.

Nurse tu selesai mencabut tiub abah smbil merasa nadi abah.Dia menganguk tanda masih ada nadi abah walaupun lemah.Aku terus berkata"Abah..xbley sebut Allah xpe.Yg penting abah ingat Allah dlm hati abah.".. air mataku mengalir lagi.TIba-tiba aku tersentap dengan kata anak buah abah atau aku panggilnya dengan gelaran pak long.."Cube rasa..dah takda ni" smbil menunjuk isyarat pada abang ipar aku untuk memastikan. Kemudian abang ipar aku memanggil pkcik Hasan(jiran yang mahir dalam agama) untuk memastikan nadi abah. Katanya Abah dah takda.Aku menjerit "Mana ada..bawaklah abah pegi hospital dulu!!"..air mataku semakin deras.

Abang ipar menegurku supaya bersabar dan berkata bukan itu caranya utk berseih.Adik juga turut menjerit sambil memeluk abah.."Abah!!!!!!!!"..Aku tak percaya abah dah tiada.Mereka semua sibuk menyiapkan persiapan utk abah,mencari kain dan sebagainya.Aku hanya mampu melihat abah iusung mereka utk ke rumah aku bahagian ats utk diletakkan di sana.

Aku tersadai di kerusi(kusyen) dan menangis.Aku melihat abah diletakkan dengan posisi mengadap kiblat di rumah aku bahagian atas,rumah aku rumah kampung biasa je.Oleh sebab itu jenazah diletakkan di atas bagi beri ruang org perempuan duduk di bahagian bawah.Aku menangis teresak-esak lagi.Jiranku memelukku menenagkanku,aku menangis di bahunya sambil berkata "Syida balik u kejap aje..Syida tak abis belajar lagi.." Jiranku memujukku untuk terus bersabar..

Itulah saat2 akhir aku di sisi abah..
:puppyeyes:

1 comments:

Leanna Ahmad said...

:)
ieda..

tabah,
kau kuat kn..

ktrg sume ad utk kau. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 conteng cubit hidung kemek:

Leanna Ahmad said...

:)
ieda..

tabah,
kau kuat kn..

ktrg sume ad utk kau. :)

Daisypath Anniversary tickers
 
princess eida Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review